Profil

ABIM Beruas adalah sukarelawan dakwah yang berdaftar sebagai badan bukan kerajaan(NGO). Unit Beruas merangkumi kawasan dari Kg Sg Wangi sehingga ke pekan Beruas. Kami telah bergerak aktif sejak 6 tahun lepas. Antara kejayaan kami ialah menubuhkan Taski An-Nur di Kg Sg Wangi. ABIM Beruas bergerak seiring bersama ABIM Manjung, menubuhkan taski-taski di Lekir, Sri Manjung, Lumut dan juga menubuhkan Sekolah Rendah Islam di Sri Manjung.

Aktiviti ABIM Beruas merangkumi Usrah dan program pendidikan di Taski dan SRI Ummah Manjung. Usrah dijalankan setiap 2 minggu sekali meliputi pembaikkan bacaan surah hafalan ahli usrah, tafsiran Surah al-Quran, penghuraian Hadis. Kami menjemput individu yang berminat untuk memperbaiki ilmu bacaan al-Quran untuk menyertai Usrah yang adakan kami secara percuma. Makan malam disediakan. Sila hubungi kami di abimberuas@gmail.com atau hubungi 0133911146 untuk maklumat lanjut.

Bagi program pendidikan, kami menyediakan modul pembelajaran mengikut silibus Kementerian Pendidikan Malaysia dan ditambah dengan modul-modul al-quran, bahasa Arab, hafalan doa-doa harian untuk pembinaan sahsiah diri yang lebih menyeluruh. Ibu-bapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dijemput melawat institusi-institusi pendidikan kami. Untuk pendidikan pra-sekolah: Taski an-Nur di Sg Wangi, Taski di Batu 9 Lekir, Lumut, dan Sri Manjung. Untuk pendidikan peringkat rendah: Sekolah Rendah Islam Sri Manjung.

Untuk golongan Helwa, kami mengadakan ceramah bulanan di Masjid Sg Wangi setiap Sabtu awal bulan selepas solat Asar. Dijemput saudari-saudari menyertai program yang tidak mengenakan sebarang bayaran ini.

Tinggalkan jawapan